Kehidupan peribadi Abdul_Razak_Hussein

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Tun Hussein bin Onn juga berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke Nigeria pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London, United Kingdom.

Rujukan

WikiPedia: Abdul_Razak_Hussein http://www.bernama.com/events/merdeka03/bm/tunRaza... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Tun_A... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Tun_R... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/razak.htm http://www.istiadat.gov.my/v8/images/stories/1959.... http://www.istiadat.gov.my/v8/images/stories/1976.... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p072382791 http://web.archive.org/web/20040716140103/http://w... http://isni.org/isni/0000000082549312